Kelantan

ROYALTI : HARAPAN KEPADA MENTERI – MENTERI DARI KELANTAN

Kelantan ibarat mendapat ‘durian runtuh’ malahan lebih tepat lagi, kami mendapat “durian runtuh jenis musang king yang telah masak” apabila lapan ahli Parlimen dan dua senator dari negeri ini menyertai barisan Kabinet baharu kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac yang lalu.

Wakil rakyat Kelantan tersebut diberikan amanah sebagai Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ekonomi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Parlimen dan Undang-undang, Menteri Alam Sekitar dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Manakala jawatan Timbalan Menteri yang diwakili oleh pemimpin dari Kelantan pula adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan
Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Selain itu, Timbalan Menteri Luar juga merupakan “Ore Kelate” walaupun mewakili kawasan Parlimen di luar Kelantan (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak).

Kesemuanya sebelas pemimpin dari Kelantan sebagai ahli kabinet pastinya menjadi harapan besar kepada rakyat Kelantan untuk merasai suatu perubahan besar dalam sejarah.

Negeri Termiskin

Fokus kini terarah kepada isu pembangunan di Kelantan yang didakwa sebagai antara negeri termiskin di negara ini.

Menurut YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, bekas
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang kini telah berubah portfolio sebagai Menteri Pendidikan.

“Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai statistik tertinggi miskinnya antara negeri di Semenanjung Malaysia. Merupakan negeri ketiga tertinggi statistik kemiskinan selepas Sabah dan Sarawak.

Statistik kemiskinan bagi bulan Jun 2019 menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang, manakala miskin adalah seramai 31,217 orang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu pada 27 ogos 2019.

Kini menjadi tanggung jawap besar barisan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional terutama sekali dari kalangan “Menteri Ore Kelate” untuk bersama Kerajaan Negeri mengubah taraf hidup rakyat Kelantan kepada yang lebih baik.

Bukan Lagi Negeri Pembangkang

Kelantan selama ini umpama dipinggirkan dari pelbagai aspek terutama apabila rakyat Kelantan memilih untuk tidak sehaluan dari sudut politik dengan parti pemeritah di peringkat Pusat semenjak diperintah oleh PAS pada 1990 (hampir 30 tahun) dan 1959-1978 (selama 19 tahun termasuk semasa tempoh Pas memerintah Kelantan pada 1973-1978 semasa dalam parti Perikatan).

Justeru, pelantikan lima menteri dan lima timbalan menteri diharap dapat menjadi titik tolak terhadap kerancakan semula pembangunan negeri Kelantan dalam pelbagai sektor sosioekonomi bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat negeri itu.

Kini, PAS yang mentadbir Kelantan
telah menjadi sebahagian jentera pentadbiran Kerajaan Pusat, malah melakar sejarah tersendiri bagi Kelantan apabila tidak lagi menjadi negeri pembangkang selepas 30 tahun.

Situasi itu dianggap menjadi mimpi indah atau umpama “durian Musang King Runtuh” buat rakyat Kelantan memandangkan negeri ini sudah sekian lama dianaktirikan.

Perjuangan Royalti

Tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan sekian lama oleh rakyat Kelantan semakin nampak sinarnya. Bunga harapan rakyat Kelantan semakin kembang dan pastinya kepada Menteri dan timbalan Menteri inilah pokok sandarannya.

Situasi kini dikira sebagai peluang terbaik untuk pihak Kerajaan Persekutuan memberikan hak royalti petrolium rakyat Kelantan yang tergendala dibawah dua kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Harapan rakyat Kelantan agar mereka tidak lagi dikecewakan dengan
pelbagai alasan ciptaan sebagaimana di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Sebenarnya tuntutan royalti ini mempunyai asas yang amat kukuh dari sudut perundangan. Perjanjian royalti yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Petronas bertarikh 9 Mei 1974 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 seharusnya diikuti sepenuhnya sebagaimana layanan yang telah diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain.

Persoalan perbezaan politik dan negeri pembangkang sudah tidak sesuai lagi untuk terus digunakan. Rakyat Kelantan amat yakin, sekiranya fakta perundangan digunakan, Kelantan pasti akan dibayar royalti tersebut.

Kini rakyat Kelantan tidak mampu lagi untuk kecewa dan dikecewakan lagi.

Ahli Kabinet yang berasal dari Kelantan khususnya amat diharapkan dan diyakini mampu meneruskan usaha-usaha yang baik yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kami yakin usaha-usaha tersebut telah berada di peringkat akhir dan hanya menunggu untuk dibuat keputusan dan dilaksanakan sahaja.

R Kelantan yakin dengan keupayaan, pengetahuan dan pengalaman yang ada pada menteri kabinet sekarang kerana ada antara mereka sebelum ini adalah pembahas utama isu yang berkaitan tuntutan royalti semasa sesi perbahasan di Parlimen (dari sisi dan kerusi pembangkang), kini mereka semua adalah pihak yang membuat keputusan mengenai tuntutan royalti tersebut.

Kesempatan ini pastinya akan dan telah diambil oleh kepimpinan kerajaan Negeri untuk memudahkan dan mempercepatkan proses sehingga pembayaran royalti menjadi realiti. Malah Pihak R sendiri sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama bagi memastikan tuntutan royalti ini ditunaikan.

Tahniah dan Harapan

Ucapan tahniah dan harapan dari aktivis royalti dan seluruh rakyat Kelantan untuk barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama saf kepimpinan kabinet dari Kelantan. Sesungguhnya kami amat bersyukur dan gembira dengan kepercayaan yang diberikan kepada wakil-wakil dari Kelantan tersebut.

Kami semua doakan agar Allah memberikan kekuatan, petunjuk dan hidayah dalam menjalankan amanah besar sebagai kepimpinan negara.

Seluruh rakyat Kelantan dipohon untuk terus berdoa untuk kejayaan perjuangan menuntut royalti dan doa agar negara kita dapat mengatasi ujian besar serangan Covid-19 sebaik mungkin dan dapat keluar dari situasi bahaya ini dalam masa terdekat, insyaAllah, Biiznillah.

“Bayar Royalti; Kelantan Maju Negara Sejahtera”

Nazri Deraman
Presiden R
16 Mac 2020

TuntutRoyalti

Sebarkan

3 bulan.

Copy& Paste
Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina oleh Trump untuk menyekat pelarian Mexico drp membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Sepanyol mengelami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian2 Spanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid2 dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara2 yg pernah mengharamkan laungan azan kini sibuk membuka semula masjid2 dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan yg merawati pesakit2 menemui ajal sedangkan pesakit2 mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula2 drp sumber2 asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar2 dan jurnal2 utama dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith2 Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, wlupun alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa akan mempercayai yg ayat2 suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni2nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sbg agama pengganas.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dlm ketakutan seperti tikus2 dlm gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa2 diatas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.

ALLAH Maha Kuasa, Yg Memiliki alam ini.. ALLAHUAKBAR!!