Kelantan

ROYALTI : HARAPAN KEPADA MENTERI – MENTERI DARI KELANTAN

Kelantan ibarat mendapat ‘durian runtuh’ malahan lebih tepat lagi, kami mendapat “durian runtuh jenis musang king yang telah masak” apabila lapan ahli Parlimen dan dua senator dari negeri ini menyertai barisan Kabinet baharu kerajaan Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac yang lalu.

Wakil rakyat Kelantan tersebut diberikan amanah sebagai Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ekonomi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Parlimen dan Undang-undang, Menteri Alam Sekitar dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Manakala jawatan Timbalan Menteri yang diwakili oleh pemimpin dari Kelantan pula adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama, Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan
Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Selain itu, Timbalan Menteri Luar juga merupakan “Ore Kelate” walaupun mewakili kawasan Parlimen di luar Kelantan (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak).

Kesemuanya sebelas pemimpin dari Kelantan sebagai ahli kabinet pastinya menjadi harapan besar kepada rakyat Kelantan untuk merasai suatu perubahan besar dalam sejarah.

Negeri Termiskin

Fokus kini terarah kepada isu pembangunan di Kelantan yang didakwa sebagai antara negeri termiskin di negara ini.

Menurut YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, bekas
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, yang kini telah berubah portfolio sebagai Menteri Pendidikan.

“Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai statistik tertinggi miskinnya antara negeri di Semenanjung Malaysia. Merupakan negeri ketiga tertinggi statistik kemiskinan selepas Sabah dan Sarawak.

Statistik kemiskinan bagi bulan Jun 2019 menunjukkan miskin tegar di Kelantan adalah seramai 6,218 orang, manakala miskin adalah seramai 31,217 orang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019 anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu pada 27 ogos 2019.

Kini menjadi tanggung jawap besar barisan kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional terutama sekali dari kalangan “Menteri Ore Kelate” untuk bersama Kerajaan Negeri mengubah taraf hidup rakyat Kelantan kepada yang lebih baik.

Bukan Lagi Negeri Pembangkang

Kelantan selama ini umpama dipinggirkan dari pelbagai aspek terutama apabila rakyat Kelantan memilih untuk tidak sehaluan dari sudut politik dengan parti pemeritah di peringkat Pusat semenjak diperintah oleh PAS pada 1990 (hampir 30 tahun) dan 1959-1978 (selama 19 tahun termasuk semasa tempoh Pas memerintah Kelantan pada 1973-1978 semasa dalam parti Perikatan).

Justeru, pelantikan lima menteri dan lima timbalan menteri diharap dapat menjadi titik tolak terhadap kerancakan semula pembangunan negeri Kelantan dalam pelbagai sektor sosioekonomi bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat negeri itu.

Kini, PAS yang mentadbir Kelantan
telah menjadi sebahagian jentera pentadbiran Kerajaan Pusat, malah melakar sejarah tersendiri bagi Kelantan apabila tidak lagi menjadi negeri pembangkang selepas 30 tahun.

Situasi itu dianggap menjadi mimpi indah atau umpama “durian Musang King Runtuh” buat rakyat Kelantan memandangkan negeri ini sudah sekian lama dianaktirikan.

Perjuangan Royalti

Tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan sekian lama oleh rakyat Kelantan semakin nampak sinarnya. Bunga harapan rakyat Kelantan semakin kembang dan pastinya kepada Menteri dan timbalan Menteri inilah pokok sandarannya.

Situasi kini dikira sebagai peluang terbaik untuk pihak Kerajaan Persekutuan memberikan hak royalti petrolium rakyat Kelantan yang tergendala dibawah dua kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Harapan rakyat Kelantan agar mereka tidak lagi dikecewakan dengan
pelbagai alasan ciptaan sebagaimana di bawah Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Sebenarnya tuntutan royalti ini mempunyai asas yang amat kukuh dari sudut perundangan. Perjanjian royalti yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Petronas bertarikh 9 Mei 1974 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974 seharusnya diikuti sepenuhnya sebagaimana layanan yang telah diberikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain.

Persoalan perbezaan politik dan negeri pembangkang sudah tidak sesuai lagi untuk terus digunakan. Rakyat Kelantan amat yakin, sekiranya fakta perundangan digunakan, Kelantan pasti akan dibayar royalti tersebut.

Kini rakyat Kelantan tidak mampu lagi untuk kecewa dan dikecewakan lagi.

Ahli Kabinet yang berasal dari Kelantan khususnya amat diharapkan dan diyakini mampu meneruskan usaha-usaha yang baik yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kami yakin usaha-usaha tersebut telah berada di peringkat akhir dan hanya menunggu untuk dibuat keputusan dan dilaksanakan sahaja.

R Kelantan yakin dengan keupayaan, pengetahuan dan pengalaman yang ada pada menteri kabinet sekarang kerana ada antara mereka sebelum ini adalah pembahas utama isu yang berkaitan tuntutan royalti semasa sesi perbahasan di Parlimen (dari sisi dan kerusi pembangkang), kini mereka semua adalah pihak yang membuat keputusan mengenai tuntutan royalti tersebut.

Kesempatan ini pastinya akan dan telah diambil oleh kepimpinan kerajaan Negeri untuk memudahkan dan mempercepatkan proses sehingga pembayaran royalti menjadi realiti. Malah Pihak R sendiri sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama bagi memastikan tuntutan royalti ini ditunaikan.

Tahniah dan Harapan

Ucapan tahniah dan harapan dari aktivis royalti dan seluruh rakyat Kelantan untuk barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama saf kepimpinan kabinet dari Kelantan. Sesungguhnya kami amat bersyukur dan gembira dengan kepercayaan yang diberikan kepada wakil-wakil dari Kelantan tersebut.

Kami semua doakan agar Allah memberikan kekuatan, petunjuk dan hidayah dalam menjalankan amanah besar sebagai kepimpinan negara.

Seluruh rakyat Kelantan dipohon untuk terus berdoa untuk kejayaan perjuangan menuntut royalti dan doa agar negara kita dapat mengatasi ujian besar serangan Covid-19 sebaik mungkin dan dapat keluar dari situasi bahaya ini dalam masa terdekat, insyaAllah, Biiznillah.

“Bayar Royalti; Kelantan Maju Negara Sejahtera”

Nazri Deraman
Presiden R
16 Mac 2020

TuntutRoyalti

Sebarkan

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s